Click here to read this mailing online.
Here is a sample subscription for you. Click here to start your FREE subscription
Mendaki ke puncak penggulingan Najib Razak
10 April, 2013
Hujan lebat sebelah petang. Ia bermula 5:30 petang dan 10 malam, baru ia berakhir. Saya terfikir jua kemungkinan Najib Razak punca semua ini. Tempoh hari di Tanah Merah Kelantan, dia hadir dan ribut melanda. Dan di Ipoh baru-baru ini ribut kencang datang bertanding saat Najib sampai.
Oleh kerana hujan, saya banyak terkurung di SPKB. Petang ini apabila hujan mencurah-curah, maka saya berpeluang meneliti erti Syaqawah. Di dalam buku terjemahan Dr Zainiy Uthman, barulah saya temui sejumlah erti dan makna yang selengkapnya. Hatta kata tragedy juga tidak cukup baik bagi mentakrifkan erti asy-Syaqawah (penderitaan, kesengsaraan). Tapi, kita gunakan juga untuk meneroka perbahasan yang lebih lanjut. Malam ini melayan Swades di TV2. Selain filemnya yang bagus kerana membela golongan tertindas, Gayatri Joshi adalah ramuan perencah yang turut membangkitkan selera untuk terus menontonnya! ####################
9 April, 2013 Pagi ini, terjumpa keratan akhbar lama yang memaparkan Perahu Kertas yang lama berlegar di benua Jakarta. Tapi, yang paling best adalah... "...Elyzia Mulachela..." Menurut kisahnya gadis ini berdarah Arab-Mataram. Penampilannya di dalam Perahu Kertas terus melonjakkan namanya di persada seni. Beliau memegang peranan sebagai gadis di pulau Bali. Menurut kajian peribadi, Elyzia ini berasal dari Lombok. Saya dengar, memang ada darah keturunan Arab di Lombok. Saya tak faham kenapa Indonesia kerap peraga Bali sebagai pusat liburan dan bukan Lombok? Agak saya, mungkin ini satu perancangan secara tersirat untuk perlahankan pengaruh Islam di Lombok sekali gus menaikkan Hindu di Bali? Elyzia secara tidak langsung membuka mata fikir untuk membuat kajian ini. Saya juga menyemak Mary Hopkins yang terkenal dengan lagu Those Were The Days itu. Seorang pengulas; Robert Cheshire mencatatkan... "Mary keeps herself much to herself these days, but she is still singing and has produced a variety of beautiful songs and particularly in her own language of Welsh, a 6000 year old language, once the language of Briton of ancient times. For me and my age group, she was another symbol of '60's hope and endeavour. She is both the Angel of today and of all our yesterdays. Apart from the powerful, Russian musical influence, I think Mary will always capture something of your heart as she has mine." Wales dan Welsh itu apakah ada hubungan? Mary Hopkin dikatakan pernah menyanyi lagu Welsh yang usia bahasa itu sudah 6,000 (sejak zaman Daud a.s dan Sulaiman a.s?) Ada seorang pemimpin tarekat berkata di kebanyakan benua Eropah, raja-rajanya sebenarnya waris keturunan Nabi Daud a.s. "Nabi Daud a.s ni ada ramai isteri," kata pemimpin tarekat itu dalam acara Hikmah di Shah Alam. "Jadi, anak-anak Raja Daud a.s ini menjadi raja-raja Eropah hari ini." Kadang-kadang, saya rasa, mereka yang boleh berbahasa Welsh ini mungkin waris keturunan Nabi Daud a.s jua. Mungkinkah Mary Hopkin yang boleh bernyanyi dalam bahasa Welsh itu pun datang daripada sana jua? Ada juga ditunjukkan betapa Puteri Diana mampu berbahasa Welsh. Mereka ini Briton asli yang membentuk Britain (British) kini. Ada pendapat menyatakan bahawa Roman itu dibangunkan oleh Brits (British), Briton. Maklumat mengenai bahasa Welsh (Wales) itu ada di sini - http://en.wikipedia.org/wiki/Welsh_language Sedarkah anda bahawa Pulau Pinang pernah ditadbir di bawah Prince of Wales (Welsh) pada zaman British? Saya fikir, adalah suatu keperluan bagi revolusioner untuk mengkaji bahasa Welsh pada zaman penggulingan! Malam ini, Nazreen ajak saya turun ke Johor bagi membantu berkempen bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai. Khabarnya, Mazir yang bertanding di kawasan Parlimen itu. "Apakah saya kan turun Tg. Piai?" begitu hati ini berdesis pada zaman-zaman penggulingan Najib Razak. ###############
8 April, 2013 Tengah hari ini jumpa Alo di pejabat. Turut hadir bersama; Penarik Beca dan kemudiannya disusuli dengan kehadiran Arif. "Kalau bukan 27 April, Najib nak tukar tarikh pengundian kepada 11 Mei," kata Penarik Beca. "Dia nak rakyat faham manifesto BN." Eh! Perlukah rakyat nak difahamkan dengan manifesto BN yang diciplak daripada manifesto PR itu? Saya rasa, kempen perlu dipanjangkan untuk penerangan mengenai manifesto ini juga. Inilah tuntutan Bersih sejak sekian lama dahulu. "Aku nak tanya satu soalan saja. Kalau BN sudah tawarkan permit teksi dalam manifesto baru-baru ni awat BN tidak bagi permit tu la ni masa hangpa perintah," dia merungut. Tiada jawapan. Dan memang banyak lagi tiada jawapan. Arif pula bawa cerita mengenai pergaduhan antara Tolak dengan GM13 dalam kalangan gerakan mahasiswa. Tetapi, yang lebih menyebalkan adalah sikap macai-macai Umno yang berkasar dengan mahasiswa ini. Petang ini, abah kelui hp. Dia pun bertanya, "Semalam Kakti bagitahu tak hal nak ke Tawau tu?" Ya, saya angguk. Lalu, saya katakan kepada abah, bahawa rancangan itu saya bersetuju. Langsung masuk soalan kedua, "Perlembagaan Persekutuan tu Ali ambik ka?" Saya akui, terbawa perlembagaan itu. "Sebabnya, Imran dok tanya," kata abah lagi. Baru-baru ini bila pulang kampung, Imran asyik bertanya hal Kewarganegaraan. Jadi, abah buka Perlembagaan Persekutuan untuk bahaskan hal itu. ############## Jemput Sha dalam BBM. Di KLCC, banyak berbual di BBM. Petang ini, seharian di Kinokuniya sebab ingin mencari Why Civil Resistance Works. “Kalau abang nak pi, abah nak sponsor tiket flight,” kata Kakti. Petang ini jam 1 tengah hari, Alo sms, “Jumpa esok di pejabat, jam 1 p.m.”
Saya terfikir hendak ke Tawau dan dalam masa yang sama saya enggan kehilangan peluang kerja di Haraki menjelang zaman penggulingan.
Catatan Seorang Revolusioner | Zulhijjah 1433, Oktober 2012http://www.facebook.com/alibukhariamir/posts/101838599976034 (9 Oktober, 2012)
http://www.youtube.com/watch?v=FsN4zE2yilo
http://www.youtube.com/watch?v=v76EN0kJBiU
http://www.youtube.com/watch?v=_l2qZDKQvN8
Julai yang membingungkan6 Ramadhan, 1433 | 26 Julai, 2012
Hari ini mungkin berbuka puasa dengan Lim Guan Eng di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur. Saya mungkin ke masjid dahulu untuk berbaris mengambil bubur lambuk.
#################
Hujan sepanjang hari, bermula lebat petang ini. Saya banyak menulis sahaja hari 'deadline'. Dang Wangi tutup, lalu saya menulis di Bistro! Pening kepala agak kuat juga. Jam 6 petang, pening kepala saya hilang di Bistro saat saya menulis bahan untuk Lanh. Pekena nescafe dan garlic cheese dan pening pun pelan-pelan pudar kesakitannya di kepala! Saya terima sms daripada Mohamed, warga Palestin, "Hello Ali, i am Mohamed, can you call me back if possible. C u." - 6:06:52 petang.
Tiada kuasa dan daya upaya hendak melaksanakan revolusi ini petang. Agak sibuk dan lebatnya tugasan yang turun mencurah melimpah ruah selebat hujan petang yang bergugusan turun melaju, diiringi petir ribut saat ini.
Ketika menaip ini, jam sudah 10:34 malam. Saya dah selesai mengirim bahan ke Harakah, dengan menaip di Bistro ini. Entah bilakah Imran akan call untuk membuat pengesahan?
Kira-kira jam 8:20 malam, Imran call, "Mungkin balik malam ini. Pertemuan dengan 'client' Imran esok, dah dibatalkan. Jadi, siap sedialah." Kemudian, dia menambah, "Mungkin jam 10 nanti Imran akan call untuk confirm balik." @@@@@@@@@@@@@@@@
16 Syaaban, 1433 | 6 Julai, 2012 (Juma'at) Saya terjerembat lagi buat kali kedua dengan lelaki 'Pakistan' yang 'berketayap' ala mamat hippies tatkala Kriss saya belok ke Bistro. Dia melewati Hospital Tawakal yang baharu. Sepertinya, saya perlukan 'orang dalam' yang bekerja sebagai polis untuk menyiasat kelibat orang-orang yang saya buru. Dan...seorang lagi mestilah pegawai di Jabatan Zakat jika saya kebetulan terjerembat dengan orang-orang miskin di ibu kota. Bagaimana nak dipunggah peruntukan kerajaan di Kg Baru? Syahadan, bagi setiap kawasan, sepatutnya diadakan rumah kebajikan yang menyebabkan orang-orang miskin dapat masak sendiri makanan keperluan depa. Di tempat ini disedia barangan dapur untuk semua! Saya namai program banteras kemiskinan ini-pembasmian kemiskinan al-Fansuri. Ini cita-cita anganan saya. Moga ia kan diberkati - Ameen...
Hujan di bulan Juni26 Jun, 2012 (Selasa)
Ke Wangsa Walk, menebus tiket filem percuma, Brave. Saya juga temui sebuah kedai basikal, Giant. Basikal lipat sungguh mahal. Daripada RM800 - RM1,700! Ketika mahu pulang, saya ternampak Liyana Jasmay berlakon dalam kedai itu. nama pemilik kedai itu, Kak Tini. Saya sms beliau untk dapatkan pengesahan. "Ha, betul. Liyana Jasmay datang tadi. Dia berlakon dalam drama Fixie Fixie. Ali sempat jumpa dia tak?" tanya Kak Tini lagi. Ya, sah! Apa yang pandang tak salah. Namun, persoalan yang paling penting, bagaimanakah hendak rekrut mereka ini sebagai revolusioner untuk meneruskan gerak kerja penggulingan Najib Razak? @@@@@@@@@@@@@@@@@@
27 Jun, 2012 (Rabu) Bank-in cek Bank Islam di Dang Wangi. Koteaw sudah RM5 saya fikir. Sepanjang malam telah jadi sia-sia kerana pengurusan masa yang tidak dikawal sejak siang. Entah macam mana hendak kampui semula masa-masa saya yang telah hilang itu? Amalan akhirat terbang melayang, dan bahagian di dunia melepas! Malam ini, saya cuba aerial baru, nampaknya TV2 tetap sulit dicapai! Hari ini juga saya menemui maklumat baru tentang Altantuya. Tapi, wajar dipendam dahulu. @@@@@@@@@@@@@
24 Jun, 2012 (Ahad) Akhirnya, saya tidak jadi ke Ampangan, Seremban bagi mengikuti pembentangan tentang Batu Bersurat Minangkabau dan Pengkalan Kempas. Ikut jadual asal, jam 4 petang sehingga 7 petang di Restoren Laris yang berdepan dengan Plaza Ampangan itu. Saya rasa pembentangan itu mungkin menarik! Petang ini juga Hanapi sms. Katanya, Restoren Laris yang sepatutnya jadi tempat kami berbual itu tutup hari ini. Jadi, mereka bertukar ke tempat baharu; agaknya kompleks belia(?). Hari ini, abah sms, minta saya tempah bilik hotel di Kg Baru pada Khamis depan. Dan Alo pula sms, "Bila nak mai rumah, tapi nasi Arab tak ada laa.." @@@@@@@@@@@
18 Jun, 2012 (Isnin), Pagi ini bersarapan roti bakar, disapu keju Naturei dan madu. Tiba-tiba ada botol air mineral berjenama 'muzni' atas meja. "Garam dan air mineral adalah alat mengguling kerajaan," demikian kata-kata Nazri Aziz di Parlimen kembali terngiang-ngiang di fikiran. Ah! Politik! Kenangan ke atas kata-kata Nazri Aziz itu saya buang jauh-jauh. Enggan merosakkan 'mood' pagi ini dengan sabda politikus yang akan hanya memecahkan damai pagi. Bi'aunillah, Umno pasti terguling, tenggelam, jatuh ditimpa tangga, dan di bawah tangga itu pula ada lecah, maka akan tersembam pula wajah mereka ke tanah yang lecah itu. Dan di tanah lecah becak itu, bercampur pula dengan tahi lembu... Semua ini, pasti sahaja melahirkan pepatah baharu yang makin menjahanamkan fikiran saya, "Sudah jatuh ditimpa tangga, tersembam pula ke tanah lecah, becak yang bercampur tahi lembu..." Huh! Okay... Berbalik kepada kata 'muzni' itu, sebenarnya, saya teringat sepotong ayat di dalam Surah al-Waqi'ah, 68 - 69. Pickthall menterjemahkan - "Have ye observed the water which ye drink? (68) Is it ye who shed it from the raincloud, or are We the Shedder? (69)" Sementara itu, Abdullah Yusuf Ali pula menterjemahkannya sebagai - "See ye the water which ye drink? (68) Do ye bring it down (in rain) from the cloud or do We? (69)" Dalam bahasa Melayu, "Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (68) Kamukah yang menurunkannya dari AWAN (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya? Botol air mineral dengan kata jenama Muzni dari Tanah Arab itu membuat fikiran saya semakin keras berfikir, adakah air mineral itu hanya dari tanah atau dari aras langit pertama; awan (al-Muzni)? Lalu saya teringat pencemaran memang dah lama wujud di bumi tapi jika malaikat yang memprosesnya di langit pertama-awan maka kemungkinan besar air itu yang lebih suci. Kononnya, kata mitos dan lagenda - burung Cenderawasih cuma makan titisan air awan sahaja. Ia jatuh ke bumi dan bangkainya tidak mereput! Hari ini, telah ada dakwaan bahawa air mineral kita tidak selamat lagi jika diproses di kilang-kilang. Ada yang mendakwa cara pembuatannya tidak syarie dan lain lagi. Tangan manusia ada yang mengandung kerosakan, tapi tangan malaikat baik saja. Barangkali, di atas alasan itu, pengusaha air mineral menjenamakan MUZN (awan) sebagai lambang kesucian air yang mereka usahakan itu. Saya teringat MANNA dan SALWA yang dikirim kepada Bani Israel yang tersesat di Padang Teh selama 40 tahun! Manna sejenis minuman, mungkin dari syurga. Atau ia berasal dari awan juga? Banyak benar persoalan yang perlu digali jawapan saat menjelang hari-hari terakhir Najib Razak di Putrajaya ini. Bagaimanapun, saya terfikir juga - kata 'MANNA' sudah begitu akrab dengan kata MINUM. Yang sama di sini adalah huruf MIM dan NUN (Arab Jawi). Kedua-dua kata ini jua ada mirip pertalian antara huruf 'M' dan 'N' (Roman, Rumi). Saya tidak fikir Manna, Salwa adalah kata asal dari Bani Israel, Yahudi. Ini kerana, kedua-duanya adalah pemberian Tuhan dan Dia sendiri yang menamakan Manna dan Salwa itu. Setidak-tidaknya ia milik kata bangsa Sumeria yang dinisbah kepada kepada kebangsaan Nabi Ibrahim a.s. Saya syak, Sumeria mendapat namanya dari daripada Sam bin Nuh! @@@@@@@@@@@@@@@
15 Jun, 2012 (Jumaat) Pagi Subuh ini, saya minta Sha selesaikan urusan penyalinan catatan revolusioner. Petang ini selepas solat Jumaat, dia kirim sms, "Dah siap." Saya belum semak lagi. Mungkin saya perlu beri taklimat untuk tugasan yang berikutnya. Ke Alur Setar, membeli tiket keretapi untuk balik Kuala Lumpur. RM22 saja kelas Ekonomi. Saya minta pulang Rabu malam, dia beri tarikh pada 'malam Rabu'. Kakti tahu saya hendak beli tiket itu, lalu dia berseloroh, "Awat? Nak buat revolusi ka, nak naik keretapi ni? Petang ini di Alur Setar, saya melihat banyak pencemaran bahasa di balik riak-riak wajah pembangunan. Ada Ukir Mall di sebalik lebuh raya 'fly-over' yang sudah menelan Bulatan Telok Wan Jah yang menjadi mercu tanda, mercu suar di Bandaraya Alur Setar selama ini. Di kota ini, barangkali Asasi, badan persatuan penulis Kedah (salah satu badan gabungan Gapena) tidak nampak lagi keperluan menegur pencemaran bahasa di bandaraya tertua di dunia. Para pendeta sudah mengurung sabdanya... Saya pulang ke rumah menjelang Maghrib. Hakim membentak, tangis, keriau agak lama. Saya tanya Kakti, puncanya. Lalu, terdengar khabar kurang enak, "Masuk Maghrib dalam jam 7:30 tadi, dia kata dia nampak kucing masuk hutan.." Saya masih tekun mendengar. Kakti menyambung kata, "...Kemudian dia menangis nak ikut kucing tu masuk ke dalam hutan tu. Dia teriak sampai sekarang. Abang pi la baca-baca apa sikit..." Saya solat Maghrib, dan tidak lama selepas itu saya tidak mendengar tangisan lagi. Kata abahnya, (adik ipar saya), "Dia terjaga tidur pun selepas waktu Maghrib..." Hurm...patutlah emosi menjadi tidak begitu stabil... Malam ini, Don F beritahu dia tak dapat menonton filem percuma; BRAVE bersama saya. Saya perlu cari pengganti. "Ada kuliah abang Ali..." katanya lewat perkakasan Viber. Saya semak Vampire Hunter...argh! Nama saya tidak lekat pula kali ini, walhal inilah filem revolusioner untuk guling Najib Razak yang saya nanti-nantikan selama ini. Dalam Vampire Hunter, Abraham Lincoln jadi pemburu pontianak di Amerika Syarikat. Kununnya, masyarakat pontianak itu semuanya yang bikin porak peranda selama ini. Entah kenapa, saya rasa Anglo Saxon di Amerika adalah puak penyihir yang tersingkir daripada masyarakat Brit di Britain. Mungkin mereka dipenjarakan lantaran amalan jenayah kepenyihiran selama ini. Saya tertanya-tanya, kenapakah banyak cerita seram Hollywood berlatarkan Massachusetts dan Pennsylvania? Walau ia cerita rekaan, tapi gerak hati saya berasakan kemungkinan besar ada kebenarannya juga. Baru-baru ini, saya ke Jewish Cemetary di Pulau Pinang, terjumpa lagi 7 kubur Yahudi berpangkat tinggi kerana depa British Army. Kawasan itu dikhaskan kepada keluarga LEVIS dan keluarga COHEN saja, demikian kata Saraswathy. [Saya sedang menyemak kemungkinan COHEN adalah KAHIN yang disebutkan di dalam al-Qur'an sabagai ahli sihir Yahudi, pengamal Kabbalah(?)] Saraswathy kini yang menjaga perkuburan Yahudi Pulau Pinang itu bersama kaum kerabatnya. Nagaratnam, abang Saraswathy sudah meninggal dunia sejak tiga tahun lalu. Nagaratnam itulah yang banyak bantu saya untuk mengenal selok-belok orang-orang Yahudi yang dipusarakan di Pulau Pinang ini dahulu. "Dia kena 'stroke', kemudian dia dihantar ke Jabatan Kebajikan, tak lama selepas itu, dia meninggal dunia di sana," kata Saraswathy ketika ditanya perihal abangnya itu. Di sini, Saraswathy beritahu ada lelaki Yahudi yang baru 10 bulan meninggal dunia. Kata beliau, lelaki Yahudi itu adalah pemilik; CEO E & O Hotel. Adakah beliau ini Yahudi Armenia yang membuka E & O Hotel di Pulau Pinang untuk keperluan kelasi kapal British? Saya akan terus membuat kajian penyelidikan dan siasatan ini. Mungkin hal ini juga antara bidang kajian yang perlu dilaksanakan dalam musim penggulingan Najib Razak secara revolusi di Putrajaya itu! @@@@@@@@@@
10 Jun, 2012 (Ahad) - (Catatan Seorang Revolusioner, Pengguling Najib Razak) Abah buka cerita mengenai dua orang komunis di Langgar; Mat Bom dan Man Berus. Mat Bom ni memang orang kaya. Dia ada kilang padi. Tapi, dalam senyap-senyap dia jual bom. Sementara itu, Man Berus ini kerjanya cuma cuci dan berus masjid sahaja. Ada seorang lagi yang abah lupa namanya. Jadi, jumlah komunis yang ditangkap adalah tiga orang semuanya! "Tahun 1962 kot depa kena tangkap," kata abah pagi ini saat bersarapan. "Kena tahan ISA." Bila abah cerita hal mereka ini, maka saya sudah tahu di manakah letaknya perkuburan Kg Tanjung Inggeris di Langgar. Ia, tempat letak kubur pendakwah Syah Alirah yang dikatakan datang dari Parsi itu. Perkara ini saya temukan faktanya dalam laman sesawang Mykedah. Malam ini, ada Ocean's Thirteen. Saya nampak Ocean (George Clooney) sangat 'cool' dalam menjalankan operasi memunggah wang kasino. Saya anggap depa ni macam Robin Hood! Ikut kaedah Fiqhiyyah, kita boleh terjah masuk dalam rumah orang yang berhutang dengan kita, lalu kita ambil duit yang orang tu pernah pinjam kepada kita. Saya fikir, ada kewajaran untuk pecah masuk ke dalam rumah perasuah politik yang gagal ditangani oleh SPRM. Perkara ini tidak terjadi seandainya SPRM bebas mengambil semula wang rasuah dan diagihkan terus kepada rakyat! Kita mesti tentukan jumlah wang rasuah dahulu, dan rakyat mestilah diberitahu bahawa kita akan mengambil semula wang rasuah yang asalnya wang mereka sendiri untuk diagih-agih kepada rakyat nanti. Kemiskinan rakyat bermula apabila banyak wang rasuah (asalnya duit rakyat) yang terpunggah dalam kantung seseorang politikus koruptor! @@@@@@@@@@@@@@
7 Jun, 2012 (Catatan Seorang Revolusioner, Pengguling Najib Razak). 1. Sejak 4 petang tadi, emak, abah dan Kakti sudah pergi Kuala Lumpur. Masyi ditimpa kecelakaan jalan raya sejak 5 Jun lalu. Kalau bertolak dalam jam 5 atau 6 petang itu, maka selewat-lewatnya, jam 12 malam baru boleh sampai ke KL. Kalau tak salah, Hospital Ampang Puteri. Masyi hantar sms mengenai kecelakaan itu, hanya kepada saya dan Imran sahaja. Tapi, sms Masyi itu tiba lewat di telefon bimbit saya. Ia tiba pada hari yang mana, saya tidak boleh hantar sms lagi. Saya rasa kasihan juga. Kakti rasa pelik. Semalam, Kakti tanya, "Sejak abang long di KL ni, dah berapa kali abang kemalangan?" Eh! Ya tak ya juga! Tak pernah kemalangan pun saya rasa! Tapi, saya beritahu Kaktie juga, bahawa paling kerap saya kemalangan motor adalah ketika saya belajar di USM. "Lepas tamat belajar di USM, dah tak kena kemalangan dah setakat ini," kata saya lagi. "Kadang-kadang tu... Entahlah... Kakti rasa macam..." terputus kata-katanya, seperti tidak sanggup dilafazkannya lagi... Lalu, saya mencelah, "Macam ada sial?" "Ha'ah..." Fuh! Ikut pesan Chu Mid, apa-apa yang terlintas di hati, sebaiknya jangan dilafazkan di lidah. Tapi, saya dah langgar pantang-larang itu. Urgh! 2. Petang ini, sebelum bertolak, sebelum menunggu abah pulang, saya terdengar emak dan Kaktie menyembang. Yang saya dengar, kisah rakan Kaktie yang mengikuti ilmu rawatan Islam. Saya syak, mereka ini mengikuti kursus di Pusat Islam USM tu kot? "Kawan Kaktie kata, tempat ni laluan jin, syaitan masuk dalam badan kita," kata adik saya itu kepada emak. Dia menyebut nama seorang junior kepada rakannya. Saya tertanya-tanya di dalam hati. Adakah mereka dapat 'scan' adik saya yang sedang kecelakaan itu? Saya rasa, dalam setiap keluarga, wajib ada setidak-tidaknya seorang sahaja yang mempelajari ruqyah; ilmu merawat kecederaan batiniah angkara jin. Dalam keluarga kami, tiada seorang pun yang ada bakat itu. Saya fikir, hal ini menjadi fardhu 'ain ke atas diri ini untuk mempelajarinya juga. Jadi, boleh saya 'scan' Kak Ros di Putrajaya. Saya perlu siasat, apakah benar dakwaan sebagai yang disebut orang itu. 3. Ada suatu dokudrama (dokumentari drama) malam ini di TV1, berjudul Artifak Pupus. Pemaparannya agak menarik kerana turut disertai dengan penerangan ilmiah. Saya mesti berlaku jujur. Memang saya bantai gelak kaw-kaw punya. Bayangkan saya boleh tergelak sendirian apabila melihat pengacara tu bercakap dalam bahasa purba. Saya salin nama pengacara dan penulis skrip dokudrama itu. Nama beliau Zainal Al Johan. Apabila saya melakukan pelayaran di samudera internet. Saya temui sejarah Kerajaan Rembau sebagai kerajaan yang lebih tua dibanding Melaka. Saya ingatkan Zainal itu cuma berlakon sahaja ketika membahasakan dirinya sebagai 'hamba', 'tuan hamba' ketika berbual di dalam dokudrama itu, tapi rupa-rupanya, dia juga mengekalkan laras bahasa purba itu dalam satu rencana di Berita Harian juga! Semua ini menyebabkan saya bertemu lebih banyak lagi kisah, siapa Panglima Hitam dan kedudukan orang Melayu purba yang kononnya menganut ajaran Nabi Musa a.s! Panglima Hitam pun asalnya dari Rembau (saya mula menyangka Bau ada maknanya sehingga membentuk kata MinangkaBAU, kerBAU, MerBAU, MamBAU). Dan hal yang berkaitan dengan wujudnya ajaran Musa dalam kalangan Melayu purba itu, jika ia benar, maka, tentu ia terbentuk daripada kefahaman umum bahawa dalam darah Melayu, ada darah Yahudi juga. Bagaimanapun, saya menyangka hal lain pula - ia tidak semestinya ajaran Musa a.s yang berpindah ke Alam Melayu ini. Ia mungkin ajaran Nabi Ibrahim a.s juga. Suhuf yang pernah dikembarkan bersaama dalam al-Quran adalah Suhuf Ibrahim, Musa. "Sesungguhnya (keterangan-keterangan ini yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam suhuf-suhuf terdahulu - iaitu SUHUF IBRAHIM dan MUSA," demikian firman Tuhan di dalam Surah al-'Alaa, ayat 18 - 19. 4. Ada lagenda di Tasik Chini. Saya tonton dokumentari di TV2 malam ini. Dokumentari itu turut menyebut perkaitannya dengan kerajaan Khmer (Kemboja, Champa?) Mereka melewati Snake Hole, Lubang Ular di Tasik Chini - ikut ceritanya, kali terakhir orang-orang di situ menemui ular tersebut adalah ketika zaman British dahulu. Ikut cerita Azura Zainal dalam Enchanting Places, ada 3 orang asli sedang asah pisau mereka di atas kayu. "Tiba-tiba, mereka dapati kayu itu berdarah, dan barulah mereka menyedari bahawa itulah darah ular sebenarnya," kata beliau tadi. Itulah kali terakhir mereka ternampak ular besar itu. Saya tidak pasti, adakah itu ular atau naga? Dalam takrifan saya - naga adalah ular yang besar! Gegaran Mei24 Mei, 2012 (Khamis)
Sepatutnya saya ke rumah Alo selepas Maghrib, tapi, motor tidak menyala lampunya. Jadi, saya tidak hadir ke rumah Alo. "Jangan lupa meeting Kami lepas Maghrib susulan konvensyen bersama kita cipta sejarah Malaysia baru," sms beliau pada 7:41:36 petang. Malam ini, kena masukkan bahan cerpen Razali Endun. Saya ingat, cerpen penulis mapan , dia akan masukkan, rupa-rupanya diserahkan kepada saya. "Kalau terpaksa dibuat dua bahagian, dipotong dua pun tak apa," kata Alo lagi. Kebanyakan penulis muda tiada masalah jika cerpen mereka dipenggal, tapi penulis mapan memang tak suka. Ada kalangan penulis mapan ini pernah menulis emel kepada saya... "Kalau nak potong cerpen kepada dua, lebih baik tak payah masuk terus," kata penulis itu. Senang cerita. Kalau macam tu, lebih baik saya tak masukkan terus karya-karya dia... @@@@@@@@@@@@@@
21 Mei, 2012 (Isnin) Hari hampir dan membosankan. Banyak menulis bahan dan sesekali akan terlelap jua di depan Galaxy Tab. @@@@@@@@@@@@@@
20 Mei, 2012 (Ahad) Menonton filem The Lady dengan Alo di GSC Mid Valley. Kemudian, makan tengah hari di Restoren Yassin. Kata Alo, KAMI nak buat tabung untuk perjuangan kebebasan akhbar. Saya kemudian patah balik ke Mid Valley dan membuat sedikit window shopping di MPH. Hari ini letak Harakah di banyak tempat juga. Alo beri saya banyak akhbar itu. Dia bertanya, macam mana boleh kenal Abah Anas. Ini kerana, blogger itu merakam gambar saya di Hotel Nouvelle tempoh hari. Di Harakah yang wajah depannya tertera tajuk "Heret Najib ke Perancis', saya melihat, ada juga artikel saya termasuk sekeping gambar saya dengan Pak Shukor tersiar bersama bro Nasser daripada Pena. Di sebuah restoren mamak dalam perjalanan ke Mid Valley, terserempak denga seorang gadis genit dan cun. Saya jatuh cinta pandang kali ke-2,865! Tapi, selepas makan, dia hisap rokok! u Hati saya patah! Bagaimanapun, saya teringat cerita seorang lelaki Iran di Singapura saat saya mengembara di Iran pada Mei tahun lalu. Kata beliau, "Zulaikha itu wanita jahat, tapi bersuamikan Yusuf a.s." Huh! Semakin membuak-buaklah hasrat dan keinginnan diri ini untuk berdakwah kepada Lindsay Lohan! @@@@@@@@@@@@@@
17 Mei, 2012 Saya rasa produktif hari ni sebab banyak membuat penulisan. Saya tidak perlu banyak acara program seperti ahli politik. Alhamdulillah! Jika dapat kemaskini 3 ke 5 catatan di Facebook dan 2 bahan pun telah memadai. Saya fikir, pada setiap catatan itu perlu ditaruhkan hadis nabi. Juga pada setiap catatan itu perlu dimuatkan juga firman Tuhan agar nota itu boleh dicatatkan pahala, dipahat dengan hasanah, kebaikan juga oleh para malaikat. Malam ini 'deadline' lagi. Hanya tinggal catatan untuk sastera. Selebihnya, saya kan tonton The Lady (2012) dan Beyond Rangoon (1995). Rupa-rupanya, ada pelakon Malaysia dalam filem pada tahun 1995 itu. Kenapakah Hollywood memilih pelakon Malaysia untuk penggambaran Beyond Rangoon di Burma itu? Hal inilah kan disiasat oleh Sherlock Holmes Fansuri pada zaman-zaman penggulingan Najib Razak kali ini! @@@@@@@@@@@@@@@
14 Mei, 2012 Pagi Ke Bangunan Setiausaha Agung Pas Pusat. Saya berjalan kaki. Baru berkenalan dengan M Faqih dari Kelantan. Motor belum lagi dihantar ke bengkel. Ke Hotel Ibis, Alo meminta saya menyemak filem The Lady, lakonan Michelle Yeoh. Mungkin Rabu ini akan ditonton. Berbual dengan M Faqih, pakcik sastera dan Taufek di Haslam. Kata Taufek ada seorang penyelidik hendak membuat kajian bertajuk, "Peranan Synagoe dalam pendidikan..." Kemudian, Taufek menoleh ke arah saya, lalu bertanya, "Enta kan yang tulis mengenai perkuburan Yahudi di Pulau Pinang tu?" Malam Malam ini di Bistro, tengok cerita Cina Stephen Chow. Dr Notz bercerita tentang Fan Bing Bing. Saya Google dan Wikipedia menyama tarafkannya sebagai China's Monica Belluci dari Italy. Cik Pyan buka cerita mengenai Laksamana Cheng Ho dikasi, juga kisah Cheng Ho yang mengawal perairan Melayu di Nusantara. Kata Cik Pyan, ada replika antara Cheng Ho dan Parameswara. Saya kata, "Ada juga pandangan yang menyebut - Cheng Ho itulah yang Islamkan Parameswara..." Saya rasa hubungan mesra murni Melayu dan China ini hadir seawal Merong Mahawangsa yang selamatkan Puteri China yang dinikahkan dengan Putera Rom dalam Hikayat Merong Mahawangsa itu. Sejak itulah hubungan Tanah Besar China dengan Alam Melayu mula berputik terjalin, sehingga hadir jalinan kemesraan Parameswara-Cheng Ho dan Hang Li Poh dengan Sultan Melaka. Ini semua terjadi sejak zaman Merong Mahawangsa! Jadi, ada 3 gelombang antara hubungan Alam Melayu dengan Tanah Besar China ini. Patutlah nabi pernah bersabda, "Tuntutlah ilmu walau sampai ke benua China..." Rupanya depa ini membantu Melayu sebagai umat Islam akhir zaman nanti. Entah kenapa saya rasa ada sahabat nabi berbangsa Melayu. Ada sahabat nabi berbangsa Rom, Suhaib Ar-Rumi. Ada sahabat bangsa Parsi; Salman Al-Farisi. Nabi tahu ada benua Cina. Mungkin nabi tahu ada benua Melayu. Jadi, tentu ada hadis mengenai benua Melayu juga! @@@@@@@@@@@@ 8 Mei, 2012 Telah siap semuanya. Medical check-up sudah dibuat. Motor akan saya periksa pagi nanti. Semoga esok saya akan dapat berdepan dengan sebuah perjalanan jauh! Ameen...
More Recent Articles |